Perkongsian refleksi kehidupan 71, tidak mudah untuk mengubah seseorang sesuai dengan apa yang diinginkan.
Malah secara jujurnya adalah sesuatu yang mustahil untuk kita mengubah seseorang atau sesuatu yang berada di luar diri kita. Jika kita melihat adanya perubahan, ianya datang dari kemahuan individu itu sendiri.
Namun adalah sesuatu yang pasti kita mampu menghormati dan menghargai diri sendiri dengan cara menyayangi, mencintai dan menerima diri seadanya.
Tidak perlu menuntut dihargai, dihormati, dipuji dan difahami oleh orang lain, kerana semua itu bakal menyakiti hati dan perasaan sendiri apabila keinginan diri tidak dipenuhi.
Jangan meletakkan diri sebagai mangsa dengan merasakan bahawa diri kita sakit dan menderita disebabkan oleh tindakan orang lain.
Tidak ada orang yang mampu menyakiti kita kecuali diri sendiri yang mengizinkan. Rasa sakit yang dialami itu bukan dari orang lain tetapi ianya datang dari ego sendiri.
“Ketika kamu berfikir bahawa segala kesalahan itu datangnya dari orang lain, sesungguhnya kamu sangat menderita”( Dalai Lama).
Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.
#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan
Refleksi kehidupan 71
November 19, 2021
Refleksi, Terapi Kekayaan, Terapi Rezeki
No Comments
linn