Refleksi kehidupan 74


Spread the love

Perkongsian refleksi kehidupan 74, bagaimana keadaan diri dan kehidupan yang di lalui bergantung kepada apa yang kita percaya.

Jika kita percaya dan melihat kehidupan sebagai satu cabaran, maka hidup yang dilalui penuh dengan cabaran.

Jika kita percaya kehidupan yang dilalui itu adalah satu keajaiban, pasti banyak keajaiban yang ditemui dalam menjalani kehidupan.

Samada cabaran atau keajaiban segalanya bergantung kepada apa yang dipercaya.
Kita adalah khalifah yang memiliki kehidupan masing-masing dan setiap orang melalui kehidupan yang berbeza mengikut apa yang dipercaya.

Bagaimana keadaan kehidupan yang dilalui ketika ini bergantung kepada diri kita sendiri, bukan disebabkan oleh orang lain, persekitaran dan sebagainya.

Jadi sekiranya kehidupan yang dilalui tidak seperti apa yang diinginkan, fokus pada dunia yang berada di dalam diri, ubah sistem kepercayaan. Kehidupan kita pasti berubah.

Cinta kasih setulusnya & semua makhluk berbahagia.

#linncomel
#terapikekayaan
#terapikehidupan