Category: Cinta
Kerana dirimu begitu berharga…
Adakala ketika bertemu dengan seseorang yang berkarisma, diri seakan mulai hanyut terbawa aliran getaran vibrasinya. Sehingga kita menganggap dirinya adalah idola, bahawa aku harus menjadi sepertinya.
Cinta itu..
Salam cinta kasih untuk sahabat semua,
Untuk perkongsian kali ini, saya terfikir untuk berkongsi dengan anda tentang cinta mengikut versi kefahaman saya. Pengalaman saya melakukan terapi sejak tahun 2013 benar-benar membuka keinginan untuk saya mencari apakah cinta yang sebenar.
Ramai yang datang kepada saya dengan pelbagai isu yang berkait rapat dengan cinta mengikut anggapan mereka. Ada yang datang kerana ditinggalkan oleh buah hati yang dicintai, ada juga yang datang kerana terluka disebabkan sikap suami dan ada yang datang diuji dengan masalah kewangan dan pelbagai lagi masalah yang kononnya merasa terluka kerana cinta.
Refleksi Lockdown 39
July 9, 2021
Cinta, Diari Terapi, Kondisi hati, Refleksi
No Comments
linn
Perkongsian refleksi yang ke 39, sebelum saya meneruskan perkongsian refleksi saya hari ini, saya ucapkan terima kasih kepada beberapa orang sahabat yang menghubungi saya untuk bersama-sama dalam kelas bimbingan dan terapi untuk kemakmuran. Disebabkan sudah ada yang mendaftar jadi saya menetapkan kelas dijalankan pada minggu hadapan iaitu pada 15/7 namun ianya masih tertakluk pada perbincangan bersama peserta untuk tarikh yang paling sesuai. Jadi jika ada dikalangan sahabat yang berminat masih boleh hubungi saya untuk pendaftaran.
Ketika ini jam menunjukkan 3.38 pagi. Pagi ini saya terjaga lebih awal dari biasa selepas melakukan beberapa aktiviti personal tadi, tiba-tiba saya teringatkan kisah yang berlaku pada minggu lepas, di mana seorang suami meminta saya membantu beliau menyelamatkan rumahtangganya kerana isteri beliau telah meminta perceraian. Selepas saya meneliti situasi yang berlaku saya mengambil keputusan TIDAK membantu beliau.Read More »