Category: Kondisi hati
Refleksi kehidupan 69
Perkongsian refleksi kehidupan 69, apa jua tindakan seseorang pada diri kita, bersangka baik dan maafkan dia.
jika ada yang sentiasa berusaha untuk menyakitimu, itu mungkin kerana dia sedang menderita dan menyembunyikan kesakitannya. Maka maafkan dia.
jika ada yang berbohong padamu, itu mungkin dia ingin menutupi kehampaan yang ada dalam dirinya, maka maafkan dia.
jika ada yang mengkhianati dirimu itu mungkin kerana dia ingin menyembunyikan rasa rendah diri dan kesepian yang ada dalam dirinya, Maka maafkan dia.
jika ada yang mengejek dirimu, itu mungkin kerana dia ingin menyembunyikan trauma yang pernah berlaku pada kehidupannya, maka maafkan dia.
jika ada yang meremehkanmu, itu menunjukkan betapa menderita kehidupan yang pernah dilalui, maka maafkan dia.
jika ada yang irihati dan dengki padamu, itu menunjukkan betapa banyak kekecewaan yang telah dia lalui , maka maafkan dia.Read More »
Refleksi Kehidupan 67
Perkongsian refleksi kehidupan 67, ketika saya mencari jawapan bagi setiap persoalan ketika memberikan bantuan terapi saya berusaha untuk mem fokuskan kepada RASA disebalik kata-kata yang diucapkan.
Kebiasaanya klien berusaha untuk menyembunyikan apa yang dirasa dengan mengaku sudah pun ikhlas dan pasrah dengan situasi yang berlaku pada dirinya .Read More »
Refleksi kehidupan 64
Perkongsian refleksi kehidupan 64, mengalah tidak semestinya kalah dan mengalah juga bukan bermaksud kita lemah.
Adakalanya disaat kita mengalah, kita belajar untuk memahami bahawa tiada gunanya untuk terus berhujah dan mempertahankan diri kerana kebenaran itu sendiri bersifat subjektif. Mungkin benar untuk kita tetapi tidak untuk orang lain.
Refleksi kehidupan 61
Perkongsian refleksi kehidupan 61, saya doakan kita semua sentiasa sihat, gembira dan bahagia.
Salah satu perkara yang menyebabkan seseorang itu tidak mampu hidup gembira ialah sentiasa memikirkan apa tanggapan orang lain terhadap dirinya.
Apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda itu tidak penting, apa yang penting ialah apa yang anda fikirkan tentang diri sendiri.Read More »
Refleksi Kehidupan 56
Perkongsian refleksi kehidupan 56, kita adalah satu, sentiasa terhubung dan tidak terpisah.
Jika kita telah merasakan bahawa diri kita paling benar, paling bagus dan paling baik. Hati-hati, kita mungkin saja berada dalam “kebaikan” yang menjatuhkan.Read More »
Refleksi kehidupan 74
November 22, 2021
Kondisi hati, Refleksi, Terapi Kehidupan
No Comments
linn
Perkongsian refleksi kehidupan 74, bagaimana keadaan diri dan kehidupan yang di lalui bergantung kepada apa yang kita percaya.
Jika kita percaya dan melihat kehidupan sebagai satu cabaran, maka hidup yang dilalui penuh dengan cabaran.
Jika kita percaya kehidupan yang dilalui itu adalah satu keajaiban, pasti banyak keajaiban yang ditemui dalam menjalani kehidupan.Read More »