Category: Terapi Kehidupan
Refleksi kehidupan 63
Perkongsian refleksi kehidupan 63, agak lama juga saya terpaku memandang skrin Ipad kerana masih belum datang idea untuk perkongsian hari ini.
Tetapi saya tetap perlu berkongsi kerana ini adalah salah satu cara untuk saya memberi.
Hidup perlu sentiasa memberi kerana memberi adalah salah satu cara untuk kita menikmati kebebasan. Kebebasan pula adalah salah satu fitrah kehidupan.
Refleksi kehidupan 62
Perkongsian refleksi kehidupan 62, jika kita mampu memandang kehidupan dengan rasa syukur pasti segalanya menjadi indah dan luar biasa.
Jika Kita tidak mampu bersyukur, kehidupan yang dilalui akan menjadi buruk dan menyakitkan.
Malah walau dimana pun kita berada apapun yang dilakukan tidak mampu menggembirakan hati, kerana hidup sentiasa mengeluh dan tidak bahagia.Read More »
Refleksi kehidupan 60
Perkongsian refleksi kehidupan 60, kegelapan tidak akan hilang di dalam kegelapan, hadirkan cahaya, kegelapan pasti hilang.
Bagi mereka yang sakit, penyakit tidak mudah sembuh jika berada dalam keadaan gelisah, ketakutan dan memfokuskan pada kesakitan. Tetapi penyakit mudah sembuh jika mampu mengakses kondisi yang tenang.Read More »
Refleksi kehidupan 59
Perkongsian refleksi kehidupan 59, adakalanya kita lebih sibuk memfokuskan kepada orang lain dan mengabaikan diri sendiri.
Sesekali ambil peduli kepada diri sendiri kerana keberadaan dan keadaan diri sendiri itu sangat penting. Kita tidak perlukan penghargaan dari orang lain dengan membiarkan pencapaian hidup kita diukur dan dinilai oleh orang lain.Read More »
Refleksi kehidupan 58
Perkongsian refleksi kehidupan 58, tiada istilah mahal atau murah, yang ada mampu atau tidak mampu.
Semalam saya ada terbaca tentang viral ikan siakap di Sebuah restoran di Langkawi di mana harga keseluruhan bil mencecah sehingga RM1800 lebih.
Bagi saya isu tersebut bukan soal mahal atau murah tetapi ianya berkait dengan kemampuan seseorang iaitu mampu atau tidak mampu.Read More »
Refleksi kehidupan 65
November 13, 2021
Refleksi, Terapi Kehidupan
No Comments
linn
Perkongsian refleksi kehidupan 65, hidup kita bergantung kepada persepsi dan apa yang kita percaya.
Jika kita percaya kehidupan adalah anugerah yang terbaik dan hebat, setiap hari pasti boleh menjadi hari yang baik dan hebat.
Untuk sentiasa rendah hati dalam setiap keadaan mungkin tidak begitu mudah, namun untuk melalui kehidupan yang baik, kita perlukan cinta dan rasa yakin pada diri sendiri.Read More »