Category: Terapi Kekayaan


Refleksi kehidupan 73


Perkongsian refleksi kehidupan 73, selamat berhujung minggu, saya doakan segala urusan kita dipermudahkan dan apa jua niat baik kita pasti sentiasa dimakbulkan.

Apa jua niat, rasa, fikir, ucapan dan tindakan kita adalah doa. Apa jua sangkaan kita terhadap orang lain dan diri sendiri juga adalah doa.

Jika kita mampu memaknai bahawa semua yang hidup di dunia ini adalah satu, sentiasa terhubung dan tidak pernah terpisah. Maka kita mampu memahami apa jua tindakan kita terhadap orang lain ianya juga adalah doa yang ditujukan kepada diri kita sendiri.Read More »

Refleksi kehidupan 72


Perkongsian refleksi 72, jika mempunyai keinginan atau ingin kaya, sebenarnya mesej yang disampaikan kepada minda separa sedar bahawa hidup ketika ini dalam keadaan miskin atau tidak kaya.Read More »

Refleksi kehidupan 71


Perkongsian refleksi kehidupan 71, tidak mudah untuk mengubah seseorang sesuai dengan apa yang diinginkan.

Malah secara jujurnya adalah sesuatu yang mustahil untuk kita mengubah seseorang atau sesuatu yang berada di luar diri kita. Jika kita melihat adanya perubahan, ianya datang dari kemahuan individu itu sendiri.

Namun adalah sesuatu yang pasti kita mampu menghormati dan menghargai diri sendiri dengan cara menyayangi, mencintai dan menerima diri seadanya.Read More »

Refleksi kehidupan 70


Perkongsian refleksi kehidupan 70, semalam ada seseorang menghubungi dalam keadaan yang agak lemah semangatnya kerana merasakan dirinya GAGAL.

Sebenanya tiada apa yang salah dengan kegagalan. Malah secara peribadi saya menganggap kegagalan itu hanyalah satu ilusi. Kegagalan itu tidak wujud dan ianya hanyalah satu doktrin yang bertujuan untuk melemahkan manusia.

Selagi hidup kita sentiasa belajar dan terus belajar. Apa yang dianggap gagal itu hanyalah apabila diri masih belum berada pada level yang sepatutnya.
Pengalaman juga masih belum mencukupi.
Read More »

Refleksi kehidupan 68


Perkongsian refleksi kehidupan 68, Kesedaran itu terbentuk dari emosi dan emosi itu pula tidak pernah berbohong. Jadi kesedaran itu sendiri bukanlah satu drama yang boleh dimanipulasi.

Kesedaran adalah kejujuran yang datang dari dalam diri. Apa pun yang diucapkan ketika berdoa perlu beserta dengan emosi yang sebenar. Read More »

Refleksi kehidupan 63


Perkongsian refleksi kehidupan 63, agak lama juga saya terpaku memandang skrin Ipad kerana masih belum datang idea untuk perkongsian hari ini.

Tetapi saya tetap perlu berkongsi kerana ini adalah salah satu cara untuk saya memberi.

Hidup perlu sentiasa memberi kerana memberi adalah salah satu cara untuk kita menikmati kebebasan. Kebebasan pula adalah salah satu fitrah kehidupan.

Read More »