Category: Terapi
Refleksi Lockdown 34
Hari ini masuk hari perkongsian yang ke 34, adakalanya saya menggunakan kaedah numerologi untuk memahami dan mencari punca masalah seseorang, apakah blockage masa silam yang pernah dilalui.
Pola 34 ini adalah salah satu petunjuk bahawa seseorang itu pernah melalui luka atau kesedihan pada hidupnya sehingga memberi kesan kepada kehidupan.
Jika ada sahabat yang tahu tentang numerologi dan fakta ini bercanggah dengan apa yang dipelajari, jangan risau apa yang anda pelajari tetap betul, kerana apa yang saya nyatakan ini adalah hasil kajian saya sendiri.Read More »
Refleksi Lockdown 11
Hari adalah hari ke 11 perkongsian refleksi saya. Semalam saya ada menjelaskan dari mana datangnya sistem kepercayaan dan hari ini BAGAIMANA sesuatu kejadian atau tindakan itu membentuk sistem kepercayaan.
Pertama jika sesuatu perkara yang berlaku itu MEMBERIKAN KESAN PADA EMOSI. Satu situasi yang berlaku pada salah seorang klien saya, beliau sentiasa tertipu dengan skim cepat kaya, duit yang dilaburkan juga sentiasa tidak mendapat untung, yang terbaru dia tertipu dengan skim hibah yang katanya dia memberikan pinjaman tetapi ketika saya melakukan terapi kepadanya dia tidak sempat mendapatkan wang modal pun apa lagi keuntungan dari pinjaman yang diberikan dalam jumlah yang agak besar.
Wang & kekayaan mengubah sikap seseorang?
Sesuatu yang berada di luar diri tidak akan mampu mengubah diri, tetapi ianya berfungsi untuk menyerlahkan lagi apa yang terpendam di dalam diri.
Sekiranya diri sedang menderita ianya akan menyerlahkan lagi penderitaan. Jika diri sedang bahagia ianya akan menyerlahkan lagi kebahagiaan.Read More »
Mengetahui kapasiti rezeki yang dimiliki
Ada yang beberapa orang PM dengan pertanyaan yang lebih kurang sama “K.Linn bagaimana mengetahui kapasiti rezeki yang dimiliki seseorang”. jadi perkongsian ini adalah jawapan bagi pertanyaan tersebut. Bila saya kongsikan di sini; saya tidak lagi perlu menjawab berulangkali.
Untuk mengetahui kapasiti rezeki yang mampu ditampung oleh seseorang ianya bergantung kepada sejauh mana kemampuan untuk memberi dan berbelanja.
Sekiranya berbelanja untuk diri sendiri pun sangat susah dan kedekut; Jika anda sukar untuk memberi dan bersedekah, dengan isteri dan anak-anak pun berkira apa lagi pada orang luar itu bermakna kapasiti rezeki yang ditampung agak kecil.Read More »
Sedekah tidak mengurangkan harta
Salam Ramadhan & selamat berpuasa..
Tidak ada orang yang jatuh miskin kerana bersedekah.
Jika ada orang bersedekah tetapi kehidupan kewangan masih sukar Itu bukan kerana sedekahnya tapi kerana mindset orangnya.
Refleksi Lockdown 90
August 29, 2021
Kondisi hati, Refleksi, Terapi, Terapi Kehidupan, Terapi Kekayaan
No Comments
linn
Perkongsian refleksi 90, agak lama juga saya terpaku di skrin ipad menunggu apa yang ingin saya kongsikan.
Jika hanya terpaku tanpa menaip apa-apa pasti perkongsian saya masih tersekat. Jadi saya mengambil tindakan terus menaip.Taip apa saja perkataan yang bakal keluar nanti.Read More »